Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka 1957. Beliau hanya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Haadyai.